Pages


Rock n' Roll

My photo
Ahmad Hakeem Firdaus , 29 June 1993 , 18 years old , Kuantan , Pahang .

Kembali !

blog aku baru di update semula , sudah selama 2 tahun tidak uptade ,
sekarang brmula lah cerita dan ayat2 . .

Mando Diao

Mando Diao

22 February 2011

Radiohead Kembali dengan "The King Of Limbs"


Setelah 4 tahun tanpa mengeluarkn album baru, kini muncul lah 
"The King Of Limbs" . album ini sebenar nya dijangka akan keluar pada hujung tahun 2011
atau pun petengahan 2011 namun Radiohead mengumumkan beritanya melalui web resmi mereka, Radiohead.com, (14 Februari). Album baru tersebut dapat dibeli secara online melalui order ke Thekingoflimbs.com , Nama dari album baru ini berhubung dengan pohon oak di Wilthshire Savernake Forest, yang dijangka kan telah berumur 1000 tahun lebih. Hutan itu terdapat sejauh 3km dari Tottenham House, salah satu country house dimana radiohead melakukan rakaman untuk album 'In Rainbows' .


1.Bloom
2.Morning Mr. Magpie
3.Little by Little
4.Feral
5.Lotus Flower
6.Codex
7.Give up The Ghost
8.Separator

21 February 2011

" Kami Sayang kan Tok Guru "


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang ulamak yang di segani kawan mahupun lawan..jadi beliau telah menebarkan dakwahnya dengan menjadi blogger.kini kita boleh melayari dan mendapatkan sentuhan dan limpahan ilmu dengan melayari blog beliau.beliau merupakan ulama contoh yang mewarisi ilmu dari pada ulama islam mahupum moden.dan beliau telah membawa negeri bertuah kelantan darul naim kearah baldatun tayyibatun wa rabbul ghafur.... jom sama-sama meyokong perjuangan beliau yang perjuangannya adalah kearah kebaikan dunia dan akhirat...

Si Burung dan Si Mawar Putih





Suatu Hari Burung Jatuh Cinta Pada Mawar Putih , Burung Pun Berusaha
mengungkapkan Perasaannya , tapi Mawar Putih Berkata " Aku Tidak Akan
Pernah Bisa Mencintai Kamu " Namun Burung Tak Pernah Menyerah , Setiap
Hari Dia Datang Untuk Menemui Mawar Putih , Hingga Akhirnya MAwar
Putih Pun Berkata " Baiklah Aku Akan Mencintai Kamu Jika Kamu Dapat
Merubah Aku Menjadi Mawar Merah " . Dan Suatu Ketika burung Datang
Menemui Mawar Putih Dan Dia memotong Sayapnya Dan Menebarkan Darahnya
Pada Mawar Putih Hingga Mawar Putih Pun Berubah Menjadi Mawar
MErah...Hingga Akhirnya MAwar Putih Menyadari Bahwa Seberapa BEsar
Burung Mencintainya , Tapi Semuanya Sudah Terlambat karena Mawar putih
Tidak Akan Pernah Menemuinya Lagi buat selama-lamanya .. Maka Hargailah
siapapun Yang Mencintaimu Sebelum Dia Pergi Meninggalkan Mu untuk
Selama-lamanya . . . 

19 February 2011

Sahabat, jangan bersedih !



Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.
Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara: 
1. Mati   2. Matahari Terbit Dari Barat.
Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.

10 Jenis Tangisan dan Air mata yang tiada di tuntut

     10 Jenis Tangisan
1· Menangis kerana terlalu sedih.
2· Menangis kerana terasa hina dan lemah
3· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
4· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
5· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
6· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
7· Menangis kerana rasa takut
8· Menangis kerana cinta
9· Menangis kerana gembira
10· Menangis kerana menghadapi penderitaan
Air mata yang tiada di tuntut
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Emosi atau Perasaan


1. Gembira
Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.
Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu gembira.

2. Rindu
Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.
Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang yang disayang itu berjauhan, maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat hilangkan rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.

3. Sedih
Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.
Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan.

4. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika bersedih. Selalunya, perasaan sedih akan beransur hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan bangkit dari kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.

5. Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.

6. Cemburu
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia. Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan orang lain.Sebagai contoh, seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau dipandang tinggi berbanding dirinya.
Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan lain.

7. Rasa bersalah
Wujud bila seseorang melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang seseorang meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Masalah " Malas Untuk Berkerja "

haddoiiyyy ,
aku bukan malas nk kerja , tapi tu lahh malas nk pegi cari kerja,
kerja rajin jew :D tapi kerja tu yg xde , hadooiyyy.
tapi klaw x kerja nie , xde duit blanjew lah , haish xley jadi cam nie nie ,
kene kerja jgk nie , nanty lah try usha slow2 , nanty dapat la tu kerja :)

17 February 2011

Di kehendaki polis !

pembunuh bersiri !
Berita Antarabangsa hari ini menyiarkan kes seorang Lelaki Melayu Malaysia berumur 18 tahun dihadapkan ke mahkamah Britain atas tuduhan membunuh seekor Lembu dengan kejam.   Motifnya adalah kerana lembu itu telah membuang najis di depan rumah nya tapi pembunuh ini dapat melarikan diri selepas selesainya bicara di mahkamah Britain , kami brharap kepada kamo semua , sesiapa yg trnampk lelaki ini tolong hubungi ke nombor ini . no,tel. : 09765834 
sekian Terima kasih .

Pilih Baik atau Jahat .



Antara jahat dengan baik, anda pilih yang mana? Orang berakal spontan dia jawab, pilih baiklah. Buat apa pilih jahat? Itu kata akal, tapi sampai bab perbuatan, dia jadi lain. Niat baik, tapi perbuatan jadi jahat. Pilihan untuk menjadi sama ada baik atau jahat adalah pilih sendiri. Sebab tu kita layak dimasukkan ke neraka kalau kita jahat.Nak baik atau nak jahat memang pilihan kita. Kita tak boleh menyoal ALLAH kalau kita dimasukkan ke dalam neraka akibat kejahatan kita. Sebab kita ada kudrat untuk berbuat baik atau berbuat jahat.
Manusia yang paling rugi ialah manusia yang merasakan hidupnya tak ada erti, hidupnya tak ada makna. Apa pasal nak rasa macam tu? Daripada rasa macam tu lebihbaik rasa yang lain macam. Rasa lain macam tentu semacam. Jadilah orang baik supaya hidup berkat tapi nak jadi baik, ya ALLAH banyak sungguh cabaran danhalangannya. Tapi jangan sangka menjadi jahat tu mudah; nak jadi baik dengan nak jadi jahat tu sama susahnya, kadang-kadang menjadi jahat tu lebih susah.

16 February 2011

Kota Suci Mekkah 2009 !



"DOA"

Ya Allah ya Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Ya Allah , Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Ya Allah ya Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

ameen,ameen,ameen .

Memories 2010

my classmate !
trbaekkk ! btw , aku yg paling muda kat situ ,
yg laen sume nye da 18 thun kea atas :D
rinduu kan skolah , ( Institut Pendidikan )

Rock The World 10

..
Rock the world 10 ,
Rtw tahun nie xberape feel sangat sebab lutut aku brlubang ,
dan kene 7 jahitan , so xleh nk berdansa , juz tengokk dan dengar jew ,
jangan tanye sebab apa lutut aku brlubang , HAHA , biar menjadi satu misteri ,
tapi agak trbaeekk lah jugakk rock the world tahunn nie :D

First Time sampai " ECM "

hahaha ,
ini sume Idea Al-Irsyad ,
kawan-kawan yang terbaek !

Ubah sikap !

aku sekarang cam nk brhenti merokok , bile di pikir2 blek ,
isap rokok nie xcool lahh ,  haddoiiyyy , tapi agak susah giler bhaii,
lepas makan mesty nk rokok ! haddoiiyy,  susah lah klaw cam nie .
tapi InsyaAllah , xlame lagi memang brhenti merokok , da letih dah merokok nie ,
HAHAHA , :D